Thursday, September 12, 2013

Tak khusyuk dalam solat ? Meh sini.

Assalamualaikum semua. >_____<

 Hari nie aku nak share apa yang ustazah aku shared dengan aku beberapa hari lepas. Aku ada banyak tujuan kenapa aku nak kongsikan dengan hampa. Antaranya, aku pun mengalami masalah nie so dengan sharing nie dapatlah aku beringatkan diri aku tentang perkara WAJIB nie. selain itu, aku tau yang hampa semua pun ada masalah nie right? Kalau tak ada tu alhamdulillah ye. Lagipun aku share nie bukan nak menunjuk yang aku nie baik tahap sebaik-baiknya tu. Tapi inilah kewajiban aku sebagai khalifah di muka bumi ini. Cewahhh. ayat macam tak berberapa powerlahh.

Sebelum tu, jika aku terbagi informasi salah ke, korang nak tambah-tambah informasi ke. Sila komen dibawah. Aku nie bukannya perfect sangat yang tahu semua hal. Aku pun dapat belajar benda baru. Okay ?

Seperti yang terpapar di atas, orang yang beriman merupakan mereka yang khusyuk dalam solat. Haaa kan? aku bukan saja-saja nak post entry nie. Aku nak kita semua khusyuk dalam solat dan menjadi orang yang berjaya. tapi janganlah khusyuk tu semata-mata untuk berjaya saja, kita kena ingat walau apapun yang kita buat haruslah kerana Allah s.w.t. Buat benda baik-baik jaa, jangan pulak merokok kerana Allah s.w.t pulak. Aracci? Tiba-tiba pulak tertulis bahasa korea pulak sini hehehehe. 

Semesti kalau time kita tengah solat, akan terbayang diingatan kita apa yang tak terbayang difikiran semasa kita tidak dalam solat. Contohnya, bila time solat, barulah teringat yang terlupa tengok Running Man semalam. sedangkan tadi hang tak ingat pulak. Ye tak? haaa, macam itulah most of us tak khusyuk dalam solat sebab syaitan tu memang tak bagi kita buat perkara baik. Ish ish ish. Okay. Antara cara nak elak daripada perkara nie berlaku lagi. kita iqamat dulu sebelum solat. Dengan iqamat, dengan izin Allah syaitan akan lari bertempiaran. Selepas iqamat tu, berdoalah kepada Allah supaya kita solat dengan khusyuk kepadaNya and memohon dijauhkan diri daripada syaitan yang direjam. Haaaa, sekarang barulah kita boleh solat sekhusyuk-khusyuknya. Insyaallah. 

Lebih afdal jika korang hafal dan fahami maksud-maksud surah yang korang baca dalam solat. Aku pun tengah improve untuk hafal dan faham surah yang aku baca dalam solat. Kan dapat banyak pahala kat situ antaranya hafal surah, memahami surah. kan? Aku ada dapat satu buku nie. Buku nie memang ada time waktu aku lupa tentang maksud-maksud surah dalam solat. Buku nie memang helpful. Korang belilah, aku tak sure kalau buku tu ada kat kedai buku yang lain sebab dia terbitan HASANI yang kedai Hasani itu ada kat Kedah ja. Tapi, aku dengar Hasani nie buka satu cawangan di Kuala Lumpur tapi tak tahulah kat area mana. Kalau nak beli, buku tu tajuknya Belajar Sembahyang. Yang perempuan covernya warna oren manakala lelaki warna hijau. Sorry aku tak dapat nak upload gambar sebab terselit kat mana entah. Akukan seorang yang pelupa. Hihihihi

Dikesempatan nie, aku mohon agar hampa jugak tolong baca dan hafal doa Qunut Nazilah. Kalau hampa tak hafal lagi, baca doa ni selepas solat. Dan kalaulah hampa yang daebak ni hafal doa ni, hampa boleh baca dalam solat subuh hampa. bila nak baca doa nie dalam solat ? yaaaa, menurut kawan aku, kita boleh baca doa nie selepas habis baca doa qunut yang selalu kita baca time solat subuh tu. Aku harap, kita semua dapat membaca dan memahami doa nie untuk membantu saudara Islam kita di Mesir, Palestin yang sedang bertumpah darah untuk menegakkan Islam. Syukurlah kita di Malaysia nie, tak jadi macam diorang di sana. Tapi, ustazah aku kata, kita mesti berasa sakit apabila saudara Islam di sana berasa sakit sebab hubungan antara kita nie seperti cubit paha kanan, paha kiri terasa. Kalau kita tak rasa macam tu, iman masih lagi lemah. 





Okay, nie aku dah sediakan doa serta terjemahannya. Dan kepada siapa-siapa yang tak okey lagi. It's okay. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya ye tak? HIhihihi. Aku post sekali video dari UNIC ni sekali.

Okay, aku pun dah tak larat nak menaip nie. sudah, cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini sajaa, daripada..... Sempat jugak aku menyanyi nih. Lama tak nyanyi lagu nie. Hhihi.. Aku harap perkongsian ilmu nie dapat dikongsi bersama orang yang tersayang. Okey. Bye. Assalamualaikum

4 comments:

  1. Terima kasih.... Baru dapat ilham

    ReplyDelete
  2. bila nk update yg tbaru plak...x sabar nk follow ni..... >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak update lorhhh.... Tengah cari entry yang terbaik punyaaa.

      Delete