Nampak tak kehadiran aku dalam bidang penulisan blog nie macam biskut "chipsmore"? sekejap ada sekejap tak ada. Ini bukan bermakna aku resign terus daripada dunia blog ok. Entri nie pun aku curi-curi masa untuk publish apa yang sudah menjadi pekasam dalam otak aku nie haa.
Pagi-pagi buta nie aku kongsikan pengalaman aku yang sukar untuk aku lupa kelak. Sejak aku melangkah masuk ke tingkatan lima, banyak benda yang aku ceburi yang tak aku terfikir nak ceburi macam sport, aktiviti korikulum, and whatever. sebelum nie, aku dikenali sebagai pelajar yang paling malas nak masuk semua benda tu. At least satu tahun satu sijil ja yang aku akan dapat kononnya nak bagi nampaklah sikit keaktifan aku di sekolah and bla bla bla...
bulan lepas, sekolah aku ada hari kurikulum. agak gilang gemilang juga sambutan hari tersebut. sebelum dapat tau mengenai tarikh hari kokurikulum, muka akulah yang rajin pergi tanya cikgu 'Cikgu, bila nak buat hari kokurikulum?' sampai tiga hingga lima kali. Aku rasa sampai cikgu aku pun dah jemu aku asyik tanya yang sama jaa. Sabar saja laa cikgu layan anak muridmu yang banyak songeh nie. HIHIHI.
Pada hari kokurikulum, aku pun took part dalam aktiviti jualan makanan di gerai yang dijalankan. Tapi tak keseluruhan laa sebab aku kena ambil anugerah cemerlang yang ada pun pada hari sama. Punya aku memberontak tak mau ambil anugerah sebab aku nak experience menjual. Bukan senang tau nak kerja menjual nie. Lagipun, aku bukannya datang dari keluarga yang berbisnes nie. So, inilah satu medium untuk aku ambil experience tu sebaik-baiknya. eceyy.
Aku dan kawan-kawan aku buka gerai makanan. kami semua mewakili Persatuan Agama Islam tetapi gerai kami tidak selembut dan sesopan persatuan yang kami wakili walaupun diterajui penuh oleh wanita. Hahaha, Hampa faham ja lah bagaimana murid-murid dapat meniaga, confirm tak ingat realiti dunia. Alhamdulillah, hasil jualan Pocket Full, Rojak, Cheesy Wedges dan Agar-agar Oreo kami, semuanya habis dijual sehingga kena tambah lagi jualan pocket full tu. Kalau meniaga mesti kena untung kan? Kutipan pulangan kami melebihi RM700 tapi apabila dibahagi tambah tolak darab semua untung bersih gerai kami adalah dalam RM200. Syukran ya Allah. Sebenarnya-benarnya, ini ialah satu pengalaman yang sukar untuk aku lupa.
Hari Anugerah Cemerlang. Nampak tak konsep satu Malaysia ada di situ ? Aku sendiri tak tahu apa yang sebenarnya anugerah yang aku akan dapat. Pada hari raptai, barulah aku tau kenapa aku boleh terima anugerah. Aku nie bukannya pelajar yang pandai and hots pun. Cuma pelajar yang selalu timbulkan masalah jaa.
Walaupun sumbangan tenaga sedikit pada hari jualan, tapi aku telah menyumbang idea dan kreativiti untuk menghias gerai sepertimana yang telah dipertanggungjawab oleh Ustazah Rozia kepada aku. Cantik tak? Walaupun tak menang dalam pertandingan menghias gerai, tetapi kami merasakan yang kami menang sebab gerai kami paling menonjol antara gerai-gerai yang lain. Nampak tak riak disitu? HAHAHA.
Apabila jelitawan-jelitawan berada di dapur masakan. Tak sah kalau tak gosip sambil buat kerja. Nahaii.
Sesi bergambar bersama ! Wieeeee
Kewajiban hari-hari penting sekolah ialah pertandingan nyanyian, lakonan, sajak dan sebagainya. Tak lengkap sesuatu hari penting tanpa persembahan. Memang secocoklah dengan jiwa aku apabila ada persembahan macam nie sebab aku memang sukakan hiburan macam nie.
Important* let we take a selfie first. Nampak tak CEO sajalah yang baju lain daripada yang lain.
Finally, mengemas gerai dan balik rumah tidur.
Only picture can describe all of these. I am very glad to be one of the Tunku Ismail's students. A lots of experience that i had learnt, explored, and one important thing is loving. I love Allah, prophets, family, teachers, friends, strangers and all living things. Okay, memandangkan hari sudah larut malam. Bantil. katil pun memanggil, so i wanna sleep. Thank you so much of spending your time to read my entry or conscience maybe. Typing error, ayat membosankan, entry yang teruk atau apa-apa. Aku nak minta maaf sangat. Aku bukannya sempurna untuk menyempurnakan hati hampa. but i tried to do like that. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari aku. Sekian. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment