Sunday, December 7, 2014

SPM IS OVERRRRR !

Assalamualaikum.

Pada detik 3.31 pm bertarikh 25 november 2014 bersamaan 25 Safar 1436 Hijrah bermula saat dimana aku secara tidak langsung telah tamat perjalanan aku sebagai seorang pelajar sekolah. hehhe. Ayat mukaddimah aku memang tak boleh belah kalau tiba saat aku berblog nie. Agak berbulan bulan jugak aku tak menulis entry kat blog aku. Since aku kecundang dalam Percubaan SPM lepas, aku cuba menyibukkan diri aku dengan berbagai bagai daripada set negeri-negeri lain dengan tujuan untuk bangkit dan celik hati dan minda untuk SPM ini. Oleh sebab itulah aku tak banyak menulis entry disini.

Dewan Keramat dimana semua kejayaan setiap insan  bermula daripada tempat ini. HAHAHA

Don't you ask me how about my examination was going on. I cannot explain it because i'm really not sure what i have done. Semua orang tahu bahawasanya bermula tahun nie akan ada soalan KBAT!!! Kbat ialah singkatan daripada KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI. Aku nie tak sangka soalan akan keluar berbentuk kbat yang sebenar sedangkan majoriti kertas soalan berada di aras bawah. Mula-mula aku fikir yang soalan kbat nie macam soalan dalam kertas soalan SPM tahun-tahun lepas jaa. Aku pun dah rasa selesa dengan soalan-soalan tersebut. Tetapi, dengan rasa selesa aku tu telah membuat aku rasa macam nak guling-guling dalam dewan peperiksaan. Susah tau dak ! Jadi, aku sebagai senior kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM pada tahun-tahun hadapan nak memberi nasihat kepada adik-adik sekalian supaya bersedialah dan cuba berfikir di luar kotak pemikiran kita. Adik-adik cubalah berfikiran terbuka dan peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran. Amiyomi, dengarlah curhat daripada kakak seniormu yang penyayang nie.



Okay. Sesi peluk memeluk pulak. Mungkin ini adalah pelukan terakhir kerana mungkin kami tidak akan berjumpa lagi kerana masing-masing akan melanjutkan pelajaran ke universiti lain-lain. Dan aku berharap sangat hubungan persahabatan ini tidak terputus disini. And yes, group WhatsApp, Facebook akan menjadi medium untuk kami mengjalin hubungan kami walaupun dimana-mana kami berada sekalipun di hujung dunia.


Alhamdulillah. Hujan pun merahmati ketika kami menduduki peperiksaan serta menjadi kenangan untuk aku dan rakan-rakan bermain hujan untuk saat terakhir. Jadi childhood sebentar. 

Malam hari aku tamat peperiksaan, aku dah mula operasi mengemas buku-buku SPM aku. Ada sesetengah aku nak simpan untuk kegunaan bila aku masuk ke universiti atau sebagainyaa dan sesetengah aku nak dermakan buku-buku aku kepada sekolah. Aku nie bukannya pemurah sangat nak bagi buku-buku aku orang tetapi bila mengenangkan pengorbanan guru-guru kat sekolah yang banyak memberi aku tunjuk ajar dan peluang untuk aku menjadi manusia yang berjaya untuk dunia dan akhirat. So, tak ada sebab untuk aku perlu kedekut dalam menyumbang buku aku kepada sekolah untuk kegunaan pelajar. Ye tak ?

Dalam salah satu hadits Qudsi, Allah Tabaraka wata’ala berfirman: "Hai anak Adam, infaklah (nafkahkanlah hartamu), niscaya Aku memberikan nafkah kepadamu." (H.R. Muslim)



Nampak tak separuh daripada buku-buku aku ? Macam yang selalu aku fikirkan selalu, harap buku saja banyak, tetapi result tak jugak gempak. Tapi, sekarang aku dah yakin walau apapun keputusan keluar nanti, Allah akan memberikan keputusan yang baik kepada aku walaupun keputusan tu cemerlang ataupun sebaliknya kerana perancangan Allah lebih elok daripada apa yang kita rancangkan. 


With Puan Low. Beliaulah yang telah menjadikan subjek kimia sebagai subjek kegemaran saya. Apabila pertama kali masuk ke dalam kelas aku tahun lepas, aku ingat beliau seorang garang dan sukar untuk didekati. But, days by days beliau menunjukkan sifat baiknyaa dan aku mulai menyayanginya dan mencintai subjek kimia. She's cute . Her's personality is cute too. 


All the best to you guys. Semoga kita dapat result yang gempak-gempak untuk menaikkan nama keluarga kita dan sekolah kita. Omiyomimiyo, dah rasa sedih pulak kita dah berpisah sedangkan kita dah lima tahun bersama di sekolah nie. Kesian cikgu Norizah kittew tak nampak muka dia memandangkan semua anak-anak dia excited dah habis SPM. Tak apa cikgu. Cikgulahh cikgu yang paling best that i ever had. Beliau mudah untuk didekati membuatkan aku dan beliau tak lokek untuk berkongsi cerita walaupun secara peribadi.  I love you cikgu Norizah and semua semua cikgu yang pernah menjadikan cikgu aku selama aku digelar pelajar. I love you jugak teman-teman. Don't you dare to forget our reunion at Langkawi !!!


Aku akan merinduimu wahai SMK TUNKU ISMAIL. Walaupun, sangkaan pertama aku terhadap sekolah nie kurang baik. Tetapi, hari-hari aku di sini membuatkan aku jatuh cinta ! Penerimaan seniors terhadap aku amat memuaskan membuatkan aku senang belajar disini walaupun sekolah ini tidak sehebat dan secanggih sekolah lain. Rakan-rakan yang menjadi penawar kepada setiap duka aku menjadikan aku sukar untuk melupakan kenangan-kenangan disini.

Thanks for reading this entry !

No comments:

Post a Comment