Monday, December 29, 2014

Kecelaruan Kerjaya

Assalamualaikum Dunia !

From now on, aku telah menjadi penganggur tegar dalam abad keberapa ini. Rutin harian tidak lain tidak bukan ialah tidor, makan, tonton tv dan ber'internet". Memasak ? Hehhe, baru nak berjinak-jinak. That's why, memasak bukan termasuk dalam rutin harian aku.

Memandangkan aku nie penganggur tegar dalam abad nie, aku cuba menyibukkan diri aku dengan mencari kerjaya-kerjaya yang terbaik dan sesuai untuk aku bekerja nanti. Aku nie bukannya bercita-cita untuk menjadi qualification housewife. Kalau aku jadi suri rumahtangga, sememangnya aku resign terus pekerjaan tu memadangkan aku nie jenis yang cepat bosan apabila berada dalam rumah melebihi satu minggu.


Minat aku lebih mendalam kearah bidang penerbangan daripada aku sekolah rendah sehinggalah sekarang. Mula-mula dulu, aku meminati kerjaya sebagai pramugari. Aku suka sangat tengok pramugari-pramugari kat luar sangat. Cantik, boleh pergi melancong sebab aku nie memang memang suka melancong, tampak berkeyakinan bila diorang berjalan dan yang paling aku suka sekali ialah diorang kesabaran diorang memang tinggi untuk melayan karenah penumpang dalam pesawat. Ditambah pula perisa, ramai yang menggalakkan aku menjadi pramugari kerana aku tinggi dan rupa aku sesuai untuk kerjaya tersebut. Tetapi, parents aku memenag tentang habis-habisan kerjaya tu. Kata diorang, ramai pramugari tu tak pakai tudung, baju ketat and seksi. Tak sesuai untuk aku sebagai seorang muslim. Aku pun akur dengan keputusan tu. Sedih sudahlah time tu sebab tak boleh jadi pramugari.

Apabila parents aku tentang keras-kerasan keinginan aku menjadi pramugari, aku pun beralih pulak nak jadi juruterbang. I'm still remember when i was 12 years old, my teacher always taught about the career of pilot to me. Yelakan, nak tulis karangan punya pasal mengenai kerjaya. Cikgu bagilah contoh kerjaya pilot. Agak awesome jugak kerjaya tu sampaikan otak aku boleh melayang sama dengan memandu di atas awan and tersengih sorang sampai cikgu dok depan aku pun tak sedar. Kerjaya juruterbang bukan sahaja bawak pesawat dan melancong jaa, tapi risiko kerjaya tu lebih tinggi daripada kerjaya-kerjaya lain. Contohnyaa, sekiranya pesawat tu terhempas, juruterbang bertanggungjawab ke atas semua penumpang dan anak-anak kapal. So, no wonder gaji diorang juruterbang boleh mencecah RM50 +++ sebulan. Tetapi, kerjaya nie pun aku terpaksa dilupakan :( atas sebab faktor ekonomi dan fizikal. Aku nie datang daripada keluarga yang sederhana ja, Pendatang bulanan cukup bayar bil-bil, hutang piutang dan makan ja. So, memang tak mungkin untuk aku mengikuti pengajian juruterbang yang memcecah hampir setengah juta. Jenuh makan pasirlah jawabnya kalau aku ikuti pengajian nie. Mata aku jugak rabun jauh dan silau. Kalau aku interview pun, confirm dah tersingkir awal-awal.

Awal tahun nie, aku memang meminati subjek kimia. Jadi, memandangkan pendirian aku macam lalang. Aku pun nak meminati bidang petroleum. Cita-cita nak jadi jurutera petroleum. Memandangkan, profesion nie bergaji lumayan dan bekerja di tengah lautan. Ini lagi buat aku lebih tergedik-tergedik nak nak jadi jurutera petroleum. Tapi, langit tak selalunya cerah. Ramai yang tak suka profesion tu untuk aku kerana aku perempuan. Diorang kata, kerja macam tu berat dan hanya sesuai untuk lelaki. How sad. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan sendiri pun bagi bad response pasal ini sebab aku nie bakal isteri. So, kena tinggal family selama 3-6 bulan untuk kerja kat pelantar minyak. Diorang kata, hilanglah seri kecantikkan aku kalau kerja jurutera kat situ. Sambil memuji kecantikkanku. Malu ~~ Inikan pulak family aku. Memang anti teruslah kerjaya nie untuk aku alasannya sebab aku nie anak perempuan bongsu.

Family aku mencadangkan aku menjadi ahli farmasi ataupun doktor. Tapi, aku dah memang singkir doktor sebagai kerjaya aku. Nak tengok darah pun aku dah rasa geli geliman. Inikan pulak nak rawat. Mesti gagallah jawabnya bila praktikal. Asyik dok pengsan mengalahkan pesakit kerjanya. Ahli farmasi ? Kos farmasi nie aku kurang minatlah sebab kena banyak menghafal. Nak hafal biologi masa SPM pun dok merangkak tak lepas, inikan pulak nak hafal ubat-ubat, darah-darah. Family aku menggalakkan kerjaya-kerjaya tu sebab aku sorang je dalam family aku yang ambil kos sains tulen. So, itulah harapan diorang nakkan pewaris diorang seorang ahli perubatan.

And now, aku terfikir nak kerja kat menara kawalan di lapangan terbang. Aku teringat, masa aku tingkatan 2, sekolah aku ada buat lawatan ke menara kawalan di lapangan terbang Pulau Pinang. Pekerja di menara kawalan tu bagi penerang pasal kerjaya diorang. Aku pun tak dengar jelas sebab aku terperosok kat belakang. Yang aku dengar kena ambil kos elektrik kalau nak kerja kat situ. Tapi aku ada terpandang kat komputer diorang. Diorang nie kerja ber'facebook' jee. Hehhe. Release tension kut. Cikgu aku yang cadangkan untuk aku pilih kerjaya nie memandang pilihan aku nak jadi jurutera petroleum ditentang keras.

Nampakkan ? Kerjaya pilihan aku banyak kearah penerbangan.Walaupun Malaysia pernah digemparkan dengan kehilangan MH 370 dan qz 8501 dan MH 17 terhempas, namun semangat aku nak jadi sebahagian daripada bidang lagi berkobar-kobar. Lagi aku nak tahu tentang selok belok bidang.  Bidang penerbangan perlukan banyak kos pengajian. Macam yang aku bagitau tadi. Aku bukannya datang daripada keluarga berada. Aku tak boleh pentingkan diri aku sendiri dalam kes nie. Parents aku  nak cekau duit mana ? Nak bayar kos pengajian. PTPTN pun tak bagi nak pinjamkan duit banyak untuk aku. As you know, bidang nie banyak ditawar di kolej swasta berbanding kerajaan. Mesti banyak gilaa duit nak keluar.



Nampaknya, aku kena buat banyak pertimbangan tentang kerjaya nie. Dulu bolehlah aku buat "derk" jaa and fikir nak study untuk SPM jaa. Sekarang nie, kena betul betul pikiaq sebab nak isi borang UPU nanti. Silap percaturan sekarang, hancur terus masa depan aku. Hancur impian aku nak beli rumah idaman aku.  SOB SOB :(

Okay. Kat sampai sini jaa kekusutan aku. Solat istikharah jaa jawapan daripada kekusutan aku. In sha Allah, Allah akan memberi yang terbaik aku dan masa depan aku. Amin. Bye. Assalamualaikum.

#pray4airasia
#pray4pantaitimur
#pray4syrian
#pray4palestina
#pray4mh17
#pray4mh370

No comments:

Post a Comment