Alhamdulillah, terimah kasih Allah kerana masih melanjutkan usia aku yang semakin tua. Even 1 January 2015 telah meningkatkan nomber usia aku kepada 18 tahun, but i'm still officially sweet seventeen. Muahahaha.
Azam aku ? Memandangkan negara masih dalam malapetaka. Yes. masalah banjir. Aku nie seorang yang peka terhadap masalah yang berlaku dalam Malaysia. One by one masalah yang berlaku dalam negara tercinta aku nie. Banjir, MH 370 hilang, MH 17 terhempas, kemarau yang serius, puting beliung dan apa-apa perkara yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia mahupun dunia. So, azam aku ialah, aku nak hidup dalam suasana yang tenang dan harmoni. Bukan tu saja, aku berharap sangat keputusan SPM aku tu cemerlang. Setelah penat lelah aku belajar selama 12 tahun nie, aku nak juga merasai kenikmatan hasil pembelajaran aku. Ye tak ? Most important is, aku nak cuba untuk berubah kearah lebih baik. Memang ayat aku agak klise. But, i really mean it. Aku nak berubah dari segi rohani, keterampilan, akhlak dan intelektual. Plus, zaman pascaglobalisasi nie kan penuh dgn liku-liku, so aku nak kuatkan diri dengan ilmu pertahanan diri like taekwando. Hahahhaa. Aku nie memang jenis yang suka mimpi disiang hari, tapi kadang-kadang mimpi pun boleh jadi realiti kalau tidor pun baca ayat kursi dulu.
2014.
For sure tahun ini akan dikenang-kenangkan selalu untuk pelajar lepasan SPM macam aku. Masa tahun nie ikatan persahabatan mulai akrab, Masa tahun nie pulak banyak experiences baru nak explore. Semua dalam tahun 2014. Dalam entry kali nie, aku akan post gambar sajaa yang banyak I'm than words. Only pictures can describe the sweet memory. I'm speechless.
Aku pun dah bakal menjejaki kaki ke menara gading. Memang banyaklah tawaran-tawaran universiti dan terutama kolej-kolej swasta. Aku memang banyak duit nak belajar kat kolej swasta. Jenuh botak kepala abah aku nak taja. Hahahha. Gambar nie semasa aku pergi ke program A Day With Inti. Memang whole day, aku berprogram dengan diorang. Luckily dapat sijil, baju dan beg. Agak teruja jugak dapat barang free. Hihihi
Cuti penggal pertama, aku dengan Pak Di's gegels pergi melawat Melaka. Agak lama jugak aku tak melawat negeri yang bersejarah nie. Last day yang aku pergi bila aku dalam darjah tiga. Lapan tahun jugak lamanya aku tak menjejaki bumi Melaka nie. Memori terimbas kembali apabila aku menjejakkan kaki datang Melaka nie. Hihihi.
Kan aku cakap, tahun nie aku bermula segalanya. I participated hockey match. Agak janggal untuk gadis yang seperti aku berpegang kayu hoki sambil menjerit meminta bola. Hahaha. Whatever is it, aku cuba mencipta kenangan dan penghargaan untuk diri aku kerana berjaya keluar daripada kepompom kemalasan. Hahahha
Aku nie datang daripada sekolah harian biasa. Agak janggallah bagi aku untuk menetap sementara di Sekolah Berasrama Penuh yang bertinggi klusternya. Tetapi, dengan adanya kawan-kawan sejagat aku nie, hilang semua janggal dan sememangnya kawan-kawan aku nie gila-gila jugak otak diorang. So, memang hingaq laa kawasan sekolah dengan adanya kami. Hahhahah
Nie lahh moment yang aku tak boleh lupa sekali. Aku dengan kawan-kawan aku joined mak cik-mak cik taman apa entah pergi iftar dengan anak-anak yatim kat Pendang. Aku rasa sayu saja bila pergi kesana. Yelah, selama nie aku asyik merungut jaa apa yang aku dapat. Tapi diorang, pakai je yang mana diorang ada. Yang paling best diorang nie, depa nie happy je. Tak nampak langsung muka sedih. Siap buat lawak lagi dengan aku. Memang dapat ikhtibar laa bila aku pergi iftar dengan diorang.
Ini ialah hari terakhir semasa aku join kem kepimpinan pengawasan di Merbok. Sumpah best gilaa kem nie. Banyak yang aku belajar daripada kem nie untuk menjadi pemimpin nanti. Macam nak jadi Prime Minister pulak nanti. Hahaha. Aku nie sememangnyaa suka kem-kem yang bersukan lasak nie. Since aku darjah 4 lagi, aku dah join perkhemahan sekolah dan kem ketahanan diri. So, aktiviti nie aku tak tinggal walaupun satu tahun. Every years aku akan volunteer diri untuk join aktiviti nie. That's why, aku agak terkilan sebab tak boleh join PLKN atau jadi sukarelawan. Aku suka gila nak aktiviti macam nie.
Oleh kerana kita semua nie asyik pergi langkawi, tak sah laa kan tak beli pinggan mangkuk? Makan dalam talam daun pisang memang first time untuk aku. Makan pulak nasi arab. Gulp. Memang terasa macam berkelah di padang pasir sambil mengusap kepala unta. Memang superb Arabic ! Of course laa kan aku daripada kelab persatuan Agama Islam..
Jamuan di Emerald Puteri Hotel. Actually, jamuan nie khas untuk pengawas sekolah jer. Tapi, memandangkan ketua guru pengawas sekolah aku ialah guru kelas aku. Jadi, dia telah menggunakan kuasa vetonya untuk menjemput seluruh kelas 5SN1 untuk join sekali jamuan tu. Kitaorang anggap jer yang jamuan nie untuk jamuan akhir tahun. Demand gila kelas aku buat jamuan kat hotel siut. Hahahha
Aku telah melibatkan diri aku dalam dunia bisnes. Oh my God, dalam sejarah keturunan Pak Di dan Cik Nor. Tak ada seorang pun yang ada darah bisnes. Serius aku cakap, memang best dapat berniaga. Ada pulak ramai pelanggang dan of course untung pun banyak. Itu yang buat aku nak berbisnes untuk berniaga. Wedding Planner soon ! Persatuan agama islam banyak anjurkan program yang bagus macam nie. Mestilah, 9/10 daripada rezeki kita datang daripada berniaga.
Pada tanggal 25 oktober 2014 bersamaan 1 muharram 1436 hijrah. Tok aku, Patimah binti Saaid telah pergi meninggalkan aku. Pergi meninggalkan dunia yang fana nie. Agak susah untuk nak melepaskan arwah pergi. Tapi, i must accept the fate. Aku sayang tok aku. Tapi, aku beryukur jugak dapat menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan aku. Aku sempat jumpa arwah kat hospital sehari sebelum meninggal. Aku sempat cium tangan arwah. Tapi aku memang tak tahan sebak bila baca yaasin depan arwah. Aku tak peduli walaupun tajwid dan bacaan aku salah kerana aku asyik teringatkan tok. I'm still remember, bila aku terkena histeria kat sekolah teknik. Toklah yang bagi semangat untuk aku untuk kuat dan lawan syaitan. Walau apapun, tok dah tenang di sana. Tok dah berjumpa dengan tokwan. Damailah tok dan tokwan disana. Adik akan sentiasa doakan tok dan tokwan. Al-fatihah.
Nie yang menangis.. Sob sob :( Pejam celik pejam celik. Aku dah habis sekolah. SPM pun dah habis. Moment nie yang paling aku takut. Aku kalau boleh, taknak keluar dari alam persekolahan. Aku nak jaa pakai baju kurung biru sekolah sampai bila bila. Tapi bila mengenangkan realiti, aku terpaksa akur. Inilah lumrah kehidupan. Bye sekolah. Ermmm, hello university.
Walaupun moment aku tak banyak dikongsi malam nie, tapi banyak lagi moment yang dalam ingatan aku dalam tahun 2014. Kalau aku list one by one moment aku, memang jenuh hampa nak scroll. Pengalaman nie telah mengajar aku banyak ilmu kehidupan yang bakal aku aplikasi di dunia luar. Terima kasih 2014. Terima kasih semua. Berapa saat lagi, tiba melangkah ke tahun baru. Aku harap tahun 2015 dapat bagi aku kehidupan yang cerah dibawah keredhaan Allah s.w.t. Aminn.
#pray4airasia
#pray4pantaitimur#pray4syrian
#pray4palestina
#pray4mh17
#pray4mh370
No comments:
Post a Comment