Saturday, February 28, 2015

Aku dengan kakak

Asslamualaikum semuaaa,

Malam nie aku keseorangan kat dalam bilik nie. Tak macam malam malam sebelum nie, aku ditemani oleh kakak aku, Marlina. Aku dengan abah baru je hantar kakak pergi Shah Alam petang tadi. Bila balik je terus rasa kosong je rumah nie. Tak ada suara 'pok pek pok pek' dalam rumah nie.  . i fell empty right now. nothing to do except hearing some songs from my tablet. i tried to do something benefit for me but my brain cannot give the good idea. i can't be like this tomorrow, after tomorrow. i must do something. i must !

Aku dengan kakak aku nie diibaratkan sebagai isi dengan kuku. Memang akrab gilaa walaupun ketika aku darjah empat, dia dah masuk asrama sekolah teknik. Sehingga sekarang dia masih dok asrama di UiTM. And for sure, everyday aku akan counting days untuk kepulangan dia. Kadang-kadang kakak aku nie 'keling' jugak. Kejap-kejap balik, kejap-kejap tak. Tu yang buat aku meletop macam volcano. Keling tak keling, selalunya balik jugak dia.

Aku dengan kakak aku selalu jugak gadoh walaupun hal yang kecil yang tak penting pun. Aku ingat dulu masa aku kecik-kecik, bila kami gadoh aku selalu tarik rambut kekonon nak buat macam Bawang Merah Bawang Putih tu. Rambut dia pulak tebal, so lagi siyokkk la aku nak tarik. Hahahaha
Sampai sekarang, aku masih kata kat dia. "weh kak, hang walaupun tak cantik, tak cute tapi aku suka tengok muka hang and aku suka gomoi muka hang" and ayat sinonim dia "kuajaqqqq hang adik. Muka hang tu nampak jaa cantik tapi perangai kalah Saddiq (cucu jiran sebelah yang berumur 3thn)"




Kakak aku nie memang kakak yang superb baiklahh. Kalau keluar pergi mana-mana tak lain dan tak bukan dialah yang belanja aku makan dan barang sebab dia tau yang adik dia nie habuk pun tak dak. Hahaha. Dia nie kalau bab duit memang tak ada masalah, if aku tak ada duit dialah yang bagi bantuan sukarela. Aku dengar dia jugak tengah simpan duit untuk aku sambung belajar sebab takut duit simpanan aku tak cukup untuk masuk universiti nanti. Memang terharu gilaa. Aku tak tau macam mana nak balas budi baik dia nanti. Begitu jugak dengan mak, abah, kak ngah and husband, along and wife. Aku tak tau macam mana nak balas budi depa nanti. Depa banyak berkorban untuk aku.

Kakak aku nie jugak macam kaunselor aku. Dekat dia aku cerita semua pasal lelaki idaman, kawan-kawan dan dia jugak cerita benda yang sama jugak dekat aku. Nak kata macam NOTHING SECRETS BETWEEN BOTH OF US. Tak boleh ada rahsia antara kami. Dia selalu bagi nasihat tentang universiti, biasiswa, kos, peluang pekerjaan dan banyaklah dia kongsikan kat aku.. So, berpandukan dia sajalah bila masuk universiti nanti. Sometimes aku nie pemalas tahap unlimited, aku suruh dia buat homework aku macam karangan BI, salin nota dari buku teks ke buku nota, buat latihan Addmath sebab dia nie pandai Addmath dan banyak lagi sampai tak terhitung kemalasan aku nie. Siapa suruh dia pandai sangat. Kan dah kena dengan adik dia yang pemalas nie. Hahahha


Cuti semester dia kali nie, dia bawak aku joined dengan kawan-kawan dia pergi ke Pulau Langkawi. Memang super duper best gilaa trip nie sebab kawan-kawan kakak nie kaki lawak jugak. every moment aku senyum jaa dengar depa dok buatt lawak. Memang satu kepala dengan kakak aku yang funny tu. hahahha. Kakak jugak yang belanja trip nie. Hihhihi. Aku cuma belanja tiket jerr.



Aku main Bubble Giant dekat Tmn. Jubli dengan kakak. Dia yang beria-ia nak ajak main sebab aku dengan dia suka gila main bendalah nie. Hahaha. Aku dengan kakak aku ada persamaan yang banyak. Nama pun adik beradik ye dok ?

Banyak lagi aktiviti aku dengan dia masa dia cuti semester nie macam kayuh itik, beli air apa entah yang famous tu, makan nasi dalam talam  dekat depan MRSM dan banyaklahh. Memang fun gilerr bila dia balik rumah. 

Titipan khas untuk kakak, ayat klise nak mampuihh..
Kakak, aku sayang gilaa kat hang selepas Allah, Rasul, Mak, Abah. Begitu jugak dengan along, kak ngah, abang ngah dan kak husna. Aku sayang sangat-sayang. Aku bersyukur gilaa dapat hang dan family macam nie. Walaupun kita kekurangan dari segi kemewahan tapi Allah beri kita kebahagian dalam keluarga. Walaupun keluarga kita sedang dipijak-pijak oleh ''mereka" tetapi kita lawan dengan ilmu yang kita ada untuk mempertahan mak dengan abah. Aku bersyukur sangat-sangat Ya ALLAH, aku bersyukur sangat dapat mak, abah, kakak-kakak dan abang-abang sekarang. Aku selalu berdoa kakak yang kita sekeluarga diberi usia yang panjang dan kesihatan yang elok agar aku dapat balas jasa hampa semua. Aku janji dan aku bersumpah yang aku akan dengar nasihat hampa, aku belajar bersungguh-sungguh, aku tak mau fikir pasal cinta manusia dan aku nak bagi kita semua hidup yang lebih sempurna. In sha Allah. Ya Allah, Engkau dengarlah curhat hatiku. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Penyayang, Engkau rahmatilah aku dan keluargaku dan jauhilah kami daripada kesedihan dan duka cita serta jauhilah kami daripada ahzab api neraka. Aku harap sangat Ya Allah agar panjangkanlah umur kami sekeluarga agar kami merasai nikmat kebahagian untuk jangka masa yang lama dan sempat mengumpul bekalan di akhirat kelak. Amin. Kakak, semoga hang berjaya walau dimana juga hang berada, jangan lupakan aku dan keluarga bila hang berjaya kelak. Nanti aku dengan kak ngah pergo BOM rumah hang. Hehhe. Semoga hang menjadi wanita yang solehah yang di sayangi ALLAH, RASUL dan KELUARGA, 

Itu sahaja luahan hati pagi nie. Pagi nie aku hanya post pasal kakak. Nanti-nanti aku post pasal kak ngah, mak, abah, along pulak yee. i'm so sorry because i'm quite emotional just now. i just wanna make my soul feel good. Aku terlalu mengikut perasaan sangat sampai aku menangis tanpa disedari. Aku terlalu sayangkan keluarga aku sampaikan kekadang aku terfikir tak mahu berkahwin. Aku terfikir, bila aku kahwin nanti, cukupkah balasan jasa aku untuk family aku? bolehkah aku nak balas jasa family aku selepas berkahwin? suami aku terimakah keluarga aku seadanya? bolehkah dia sayang keluarga aku macam dia sayang keluarga dia dan aku? Kadangkala persoalan itu terlintas di fikiran aku apabila memikirkan tentang kahwin. Lupakan tentang persoalan itu, dan let go to sleep ! Ohh. aku terlupa. Doakan yang terbaik untuk result aku lusa yee. #pray4hanis 

Assalamulaikum.


2 comments: