Friday, October 28, 2016

BERSAWANG !!! part 1

Assalamualaikum my beloved diary :)

it has been a year i didn't show up in this online diary. HUHUHU. Rindu nak menulis macam dulu. tapi disebabkan kekangan masa mengehadkan aku daripada menulis. So, today i have a lot of time to share what i have been done so far. 

Selepas aku dapat result SPM tahun lepas, aku down. Aku menangis all the time sebab result aku tak seperti yang diharapkan. Aku malu nak berhadapan dengan semua orang since diorang asyik tanya pasal result aku. Aku just dapat 4A4B1C jaa. HUHUHU. Target aku tinggi nak dapat 7A tapi entahhlaa. Ada certain orang yang okay but ada certain orang yang mungkin pandang hina result aku. Mungkin rezeki tak menyebelahi aku. Lama kelamaan aku dah mula okay. Aku isi borang upu dengan harapan aku boleh tebus balik kesalahan aku time SPM. Aku apply kos yang senang untuk aku score. Actually, aku nak apply kos chemical engineering atau kimia industri since aku minat gilos subjek kimia dan fizik sejak sekolah. Tapi abang aku tak kasi sebab kimia dengan fizik aku cuma dapat B+ ja. Dia takut aku tak boleh carry kos tu dengan baik. Abang aku bagi cadangan untuk aku ambil kos ukur bahan dan sains geomatik. Aia cakap kos tu sekarang banyak peluang pekerjaan. So, aku pun follow cadangan dia ambil diploma ukur bahan sebagai pilihan utama dan diploma sains geomatik sebagai pilihan kedua. Chemical engineering dengan kimia perindustrian aku apply jugak tapi lupa pilihan berapa. Nak jugak selit kimia kat situ. Aku spply semua kat UiTM sebab aku memang dari kecik dok nampak satu universiti ja iaitu uitm. Sebab abang dan kakak aku study situ kecuali kak ngah aku usm. Tapi aku memang kena apply uitm gak sebab target aku lepas spm nak sambung diploma bukan asasi, matriks or stpm. Jadi uitm laa jadi sasaran aku sebab dekat dengan rumah berbanding uthm, utm semua tu. hehehehe

Result upu dah keluar dan aku dapat kos diploma ukur bahan. Guess what ? Aku dapat kat Sri Iskandar perak. Tempat yang aku taktau pun kewujudannya and of course aku dok fikir u aku dalam hutan kaa sebab dalam google map aku nampak semua hijau. Aku dah rasa was-was nak pergi sana. Aku sampai satu tahap download permohononan kemasukan tingkatan 6 punyalah taknak pergi sana. Tapi aku fikir confirm parents aku nak tengok aku masuk u kan. So, aku tabahkan hati terima tawaran tu. Sudahlah aku dapat kos yang aku langsung taktau apapun. Memang niat masuk u untuk family aku ja. Aku tau salah niat tu sebab pergi belajar kerana kerana Allah SWT ;') Tapi aku asyik terfikirkan parents aku ja sebagai kekuatan. Tak salahkan. hihihihi. 

Okaylah aku pun dah tak larat nak menaip. Aku sambung nanti macam mana aku struggle bila dah masuk universiti dengan keadaan u yang aku tak minat dan kos yang samar-samar. bye Assalamulaikum :)  

Saturday, February 28, 2015

Aku dengan kakak

Asslamualaikum semuaaa,

Malam nie aku keseorangan kat dalam bilik nie. Tak macam malam malam sebelum nie, aku ditemani oleh kakak aku, Marlina. Aku dengan abah baru je hantar kakak pergi Shah Alam petang tadi. Bila balik je terus rasa kosong je rumah nie. Tak ada suara 'pok pek pok pek' dalam rumah nie.  . i fell empty right now. nothing to do except hearing some songs from my tablet. i tried to do something benefit for me but my brain cannot give the good idea. i can't be like this tomorrow, after tomorrow. i must do something. i must !

Aku dengan kakak aku nie diibaratkan sebagai isi dengan kuku. Memang akrab gilaa walaupun ketika aku darjah empat, dia dah masuk asrama sekolah teknik. Sehingga sekarang dia masih dok asrama di UiTM. And for sure, everyday aku akan counting days untuk kepulangan dia. Kadang-kadang kakak aku nie 'keling' jugak. Kejap-kejap balik, kejap-kejap tak. Tu yang buat aku meletop macam volcano. Keling tak keling, selalunya balik jugak dia.

Aku dengan kakak aku selalu jugak gadoh walaupun hal yang kecil yang tak penting pun. Aku ingat dulu masa aku kecik-kecik, bila kami gadoh aku selalu tarik rambut kekonon nak buat macam Bawang Merah Bawang Putih tu. Rambut dia pulak tebal, so lagi siyokkk la aku nak tarik. Hahahaha
Sampai sekarang, aku masih kata kat dia. "weh kak, hang walaupun tak cantik, tak cute tapi aku suka tengok muka hang and aku suka gomoi muka hang" and ayat sinonim dia "kuajaqqqq hang adik. Muka hang tu nampak jaa cantik tapi perangai kalah Saddiq (cucu jiran sebelah yang berumur 3thn)"




Kakak aku nie memang kakak yang superb baiklahh. Kalau keluar pergi mana-mana tak lain dan tak bukan dialah yang belanja aku makan dan barang sebab dia tau yang adik dia nie habuk pun tak dak. Hahaha. Dia nie kalau bab duit memang tak ada masalah, if aku tak ada duit dialah yang bagi bantuan sukarela. Aku dengar dia jugak tengah simpan duit untuk aku sambung belajar sebab takut duit simpanan aku tak cukup untuk masuk universiti nanti. Memang terharu gilaa. Aku tak tau macam mana nak balas budi baik dia nanti. Begitu jugak dengan mak, abah, kak ngah and husband, along and wife. Aku tak tau macam mana nak balas budi depa nanti. Depa banyak berkorban untuk aku.

Kakak aku nie jugak macam kaunselor aku. Dekat dia aku cerita semua pasal lelaki idaman, kawan-kawan dan dia jugak cerita benda yang sama jugak dekat aku. Nak kata macam NOTHING SECRETS BETWEEN BOTH OF US. Tak boleh ada rahsia antara kami. Dia selalu bagi nasihat tentang universiti, biasiswa, kos, peluang pekerjaan dan banyaklah dia kongsikan kat aku.. So, berpandukan dia sajalah bila masuk universiti nanti. Sometimes aku nie pemalas tahap unlimited, aku suruh dia buat homework aku macam karangan BI, salin nota dari buku teks ke buku nota, buat latihan Addmath sebab dia nie pandai Addmath dan banyak lagi sampai tak terhitung kemalasan aku nie. Siapa suruh dia pandai sangat. Kan dah kena dengan adik dia yang pemalas nie. Hahahha


Cuti semester dia kali nie, dia bawak aku joined dengan kawan-kawan dia pergi ke Pulau Langkawi. Memang super duper best gilaa trip nie sebab kawan-kawan kakak nie kaki lawak jugak. every moment aku senyum jaa dengar depa dok buatt lawak. Memang satu kepala dengan kakak aku yang funny tu. hahahha. Kakak jugak yang belanja trip nie. Hihhihi. Aku cuma belanja tiket jerr.



Aku main Bubble Giant dekat Tmn. Jubli dengan kakak. Dia yang beria-ia nak ajak main sebab aku dengan dia suka gila main bendalah nie. Hahaha. Aku dengan kakak aku ada persamaan yang banyak. Nama pun adik beradik ye dok ?

Banyak lagi aktiviti aku dengan dia masa dia cuti semester nie macam kayuh itik, beli air apa entah yang famous tu, makan nasi dalam talam  dekat depan MRSM dan banyaklahh. Memang fun gilerr bila dia balik rumah. 

Titipan khas untuk kakak, ayat klise nak mampuihh..
Kakak, aku sayang gilaa kat hang selepas Allah, Rasul, Mak, Abah. Begitu jugak dengan along, kak ngah, abang ngah dan kak husna. Aku sayang sangat-sayang. Aku bersyukur gilaa dapat hang dan family macam nie. Walaupun kita kekurangan dari segi kemewahan tapi Allah beri kita kebahagian dalam keluarga. Walaupun keluarga kita sedang dipijak-pijak oleh ''mereka" tetapi kita lawan dengan ilmu yang kita ada untuk mempertahan mak dengan abah. Aku bersyukur sangat-sangat Ya ALLAH, aku bersyukur sangat dapat mak, abah, kakak-kakak dan abang-abang sekarang. Aku selalu berdoa kakak yang kita sekeluarga diberi usia yang panjang dan kesihatan yang elok agar aku dapat balas jasa hampa semua. Aku janji dan aku bersumpah yang aku akan dengar nasihat hampa, aku belajar bersungguh-sungguh, aku tak mau fikir pasal cinta manusia dan aku nak bagi kita semua hidup yang lebih sempurna. In sha Allah. Ya Allah, Engkau dengarlah curhat hatiku. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Penyayang, Engkau rahmatilah aku dan keluargaku dan jauhilah kami daripada kesedihan dan duka cita serta jauhilah kami daripada ahzab api neraka. Aku harap sangat Ya Allah agar panjangkanlah umur kami sekeluarga agar kami merasai nikmat kebahagian untuk jangka masa yang lama dan sempat mengumpul bekalan di akhirat kelak. Amin. Kakak, semoga hang berjaya walau dimana juga hang berada, jangan lupakan aku dan keluarga bila hang berjaya kelak. Nanti aku dengan kak ngah pergo BOM rumah hang. Hehhe. Semoga hang menjadi wanita yang solehah yang di sayangi ALLAH, RASUL dan KELUARGA, 

Itu sahaja luahan hati pagi nie. Pagi nie aku hanya post pasal kakak. Nanti-nanti aku post pasal kak ngah, mak, abah, along pulak yee. i'm so sorry because i'm quite emotional just now. i just wanna make my soul feel good. Aku terlalu mengikut perasaan sangat sampai aku menangis tanpa disedari. Aku terlalu sayangkan keluarga aku sampaikan kekadang aku terfikir tak mahu berkahwin. Aku terfikir, bila aku kahwin nanti, cukupkah balasan jasa aku untuk family aku? bolehkah aku nak balas jasa family aku selepas berkahwin? suami aku terimakah keluarga aku seadanya? bolehkah dia sayang keluarga aku macam dia sayang keluarga dia dan aku? Kadangkala persoalan itu terlintas di fikiran aku apabila memikirkan tentang kahwin. Lupakan tentang persoalan itu, dan let go to sleep ! Ohh. aku terlupa. Doakan yang terbaik untuk result aku lusa yee. #pray4hanis 

Assalamulaikum.


Wednesday, December 31, 2014

Highlight 2014

Assalamualaikum dunia !

Alhamdulillah, terimah kasih Allah kerana masih melanjutkan usia aku yang semakin tua. Even 1 January 2015 telah meningkatkan nomber usia aku kepada 18 tahun, but i'm still officially sweet seventeen. Muahahaha.

Azam aku ? Memandangkan negara masih dalam malapetaka. Yes. masalah banjir. Aku nie seorang yang peka terhadap masalah yang berlaku dalam Malaysia. One by one masalah yang berlaku dalam negara tercinta aku nie. Banjir, MH 370 hilang, MH 17 terhempas, kemarau yang serius, puting beliung dan apa-apa perkara yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia mahupun dunia. So, azam aku ialah, aku nak hidup dalam suasana yang tenang dan harmoni. Bukan tu saja, aku berharap sangat keputusan SPM aku tu cemerlang. Setelah penat lelah aku belajar selama 12 tahun nie, aku nak juga merasai kenikmatan hasil pembelajaran aku. Ye tak ? Most important is, aku nak cuba untuk berubah kearah lebih baik. Memang ayat aku agak klise. But, i really mean it. Aku nak berubah dari segi rohani, keterampilan, akhlak dan intelektual. Plus, zaman pascaglobalisasi nie kan penuh dgn liku-liku, so aku nak kuatkan diri dengan ilmu pertahanan diri like taekwando. Hahahhaa. Aku nie memang jenis yang suka mimpi disiang hari, tapi kadang-kadang mimpi pun boleh jadi realiti kalau tidor pun baca ayat kursi dulu.

2014.
For sure tahun ini akan dikenang-kenangkan selalu untuk pelajar lepasan SPM macam aku. Masa tahun nie ikatan persahabatan mulai akrab, Masa tahun nie pulak banyak experiences baru nak explore. Semua dalam tahun 2014. Dalam entry kali nie, aku akan post gambar sajaa yang banyak I'm than words. Only pictures can describe the sweet memory. I'm speechless.


Aku pun dah bakal menjejaki kaki ke menara gading. Memang banyaklah tawaran-tawaran universiti dan terutama kolej-kolej swasta. Aku memang banyak duit nak belajar kat kolej swasta. Jenuh botak kepala abah aku nak taja. Hahahha. Gambar nie semasa aku pergi ke program A Day With Inti. Memang whole day, aku berprogram dengan diorang. Luckily dapat sijil, baju dan beg. Agak teruja jugak dapat barang free. Hihihi



Cuti penggal pertama, aku dengan Pak Di's gegels pergi melawat Melaka. Agak lama jugak aku tak melawat negeri yang bersejarah nie. Last day yang aku pergi bila aku dalam darjah tiga. Lapan tahun jugak lamanya aku tak menjejaki bumi Melaka nie. Memori terimbas kembali apabila aku menjejakkan kaki datang Melaka nie. Hihihi.


Kan aku cakap, tahun nie aku bermula segalanya. I participated hockey match. Agak janggal untuk gadis yang seperti aku berpegang kayu hoki sambil menjerit meminta bola. Hahaha. Whatever is it, aku cuba mencipta kenangan dan penghargaan untuk diri aku kerana berjaya keluar daripada kepompom kemalasan.  Hahahha


Aku nie datang daripada sekolah harian biasa. Agak janggallah bagi aku untuk menetap sementara di Sekolah Berasrama Penuh yang bertinggi klusternya. Tetapi, dengan adanya kawan-kawan sejagat aku nie, hilang semua janggal dan sememangnya kawan-kawan aku nie gila-gila jugak otak diorang. So, memang hingaq laa kawasan sekolah dengan adanya kami. Hahhahah


Nie lahh moment yang aku tak boleh lupa sekali. Aku dengan kawan-kawan aku joined mak cik-mak cik taman apa entah pergi iftar dengan anak-anak yatim kat Pendang. Aku rasa sayu saja bila pergi kesana. Yelah, selama nie aku asyik merungut jaa apa yang aku dapat. Tapi diorang, pakai je yang mana diorang ada. Yang paling best diorang nie, depa nie happy je. Tak nampak langsung muka sedih. Siap buat lawak lagi dengan aku.  Memang dapat ikhtibar laa bila aku pergi iftar dengan diorang. 


Ini ialah hari terakhir semasa aku join kem kepimpinan pengawasan di Merbok. Sumpah best gilaa kem nie. Banyak yang aku belajar daripada kem nie untuk menjadi pemimpin nanti. Macam nak jadi Prime Minister pulak nanti. Hahaha. Aku nie sememangnyaa suka kem-kem yang bersukan lasak nie. Since aku darjah 4 lagi, aku dah join perkhemahan sekolah dan kem ketahanan diri. So, aktiviti nie aku tak tinggal walaupun satu tahun. Every years aku akan volunteer diri untuk join aktiviti nie. That's why, aku agak terkilan sebab tak boleh join PLKN atau jadi sukarelawan. Aku suka gila nak aktiviti macam nie.


Oleh kerana kita semua nie asyik pergi langkawi, tak sah laa kan tak beli pinggan mangkuk? Makan dalam talam daun pisang memang first time untuk aku. Makan pulak nasi arab. Gulp. Memang terasa macam berkelah di padang pasir sambil mengusap kepala unta. Memang superb Arabic ! Of course laa kan aku daripada kelab persatuan Agama Islam.. 


Jamuan di Emerald Puteri Hotel. Actually, jamuan nie khas untuk pengawas sekolah jer. Tapi, memandangkan ketua guru pengawas sekolah aku ialah guru kelas aku. Jadi, dia telah menggunakan kuasa vetonya untuk menjemput seluruh kelas 5SN1 untuk join sekali jamuan tu. Kitaorang anggap jer yang jamuan nie untuk jamuan akhir tahun. Demand gila kelas aku buat jamuan kat hotel siut. Hahahha
 

Aku telah melibatkan diri aku dalam dunia bisnes. Oh my God, dalam sejarah keturunan Pak Di dan Cik Nor. Tak ada seorang pun yang ada darah bisnes. Serius aku cakap, memang best dapat berniaga. Ada pulak ramai pelanggang dan of course untung pun banyak. Itu yang buat aku nak berbisnes untuk berniaga. Wedding Planner soon ! Persatuan agama islam banyak anjurkan program yang bagus macam nie. Mestilah, 9/10 daripada rezeki kita datang daripada berniaga. 


Pada tanggal 25 oktober 2014 bersamaan 1 muharram 1436 hijrah. Tok aku, Patimah binti Saaid telah pergi meninggalkan aku. Pergi meninggalkan dunia yang fana nie. Agak susah untuk nak melepaskan arwah pergi. Tapi, i must accept the fate. Aku sayang tok aku. Tapi, aku beryukur jugak dapat menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan aku. Aku sempat jumpa arwah kat hospital sehari sebelum meninggal. Aku sempat cium tangan arwah. Tapi aku memang tak tahan sebak bila baca yaasin depan arwah. Aku tak peduli walaupun tajwid dan bacaan aku salah kerana aku asyik teringatkan tok. I'm still remember, bila aku terkena histeria kat sekolah teknik. Toklah yang bagi semangat untuk aku untuk kuat dan lawan syaitan. Walau apapun, tok dah tenang di sana. Tok dah berjumpa dengan tokwan. Damailah tok dan tokwan disana. Adik akan sentiasa doakan tok dan tokwan. Al-fatihah. 


Nie yang menangis.. Sob sob :( Pejam celik pejam celik. Aku dah habis sekolah. SPM pun dah habis. Moment nie yang paling aku takut. Aku kalau boleh, taknak keluar dari alam persekolahan. Aku nak jaa pakai baju kurung biru sekolah sampai bila bila. Tapi bila mengenangkan realiti, aku terpaksa akur. Inilah lumrah kehidupan. Bye sekolah. Ermmm, hello university. 

Walaupun moment aku tak banyak dikongsi malam nie, tapi banyak lagi moment yang dalam ingatan aku dalam tahun 2014. Kalau aku list one by one moment aku, memang jenuh hampa nak scroll. Pengalaman nie telah mengajar aku banyak ilmu kehidupan yang bakal aku aplikasi di dunia luar. Terima kasih 2014. Terima kasih semua. Berapa saat lagi, tiba melangkah ke tahun baru. Aku harap tahun 2015 dapat bagi aku kehidupan yang cerah dibawah keredhaan Allah s.w.t.   Aminn.

#pray4airasia
#pray4pantaitimur
#pray4syrian
#pray4palestina
#pray4mh17
#pray4mh370

Monday, December 29, 2014

Kecelaruan Kerjaya

Assalamualaikum Dunia !

From now on, aku telah menjadi penganggur tegar dalam abad keberapa ini. Rutin harian tidak lain tidak bukan ialah tidor, makan, tonton tv dan ber'internet". Memasak ? Hehhe, baru nak berjinak-jinak. That's why, memasak bukan termasuk dalam rutin harian aku.

Memandangkan aku nie penganggur tegar dalam abad nie, aku cuba menyibukkan diri aku dengan mencari kerjaya-kerjaya yang terbaik dan sesuai untuk aku bekerja nanti. Aku nie bukannya bercita-cita untuk menjadi qualification housewife. Kalau aku jadi suri rumahtangga, sememangnya aku resign terus pekerjaan tu memadangkan aku nie jenis yang cepat bosan apabila berada dalam rumah melebihi satu minggu.


Minat aku lebih mendalam kearah bidang penerbangan daripada aku sekolah rendah sehinggalah sekarang. Mula-mula dulu, aku meminati kerjaya sebagai pramugari. Aku suka sangat tengok pramugari-pramugari kat luar sangat. Cantik, boleh pergi melancong sebab aku nie memang memang suka melancong, tampak berkeyakinan bila diorang berjalan dan yang paling aku suka sekali ialah diorang kesabaran diorang memang tinggi untuk melayan karenah penumpang dalam pesawat. Ditambah pula perisa, ramai yang menggalakkan aku menjadi pramugari kerana aku tinggi dan rupa aku sesuai untuk kerjaya tersebut. Tetapi, parents aku memenag tentang habis-habisan kerjaya tu. Kata diorang, ramai pramugari tu tak pakai tudung, baju ketat and seksi. Tak sesuai untuk aku sebagai seorang muslim. Aku pun akur dengan keputusan tu. Sedih sudahlah time tu sebab tak boleh jadi pramugari.

Apabila parents aku tentang keras-kerasan keinginan aku menjadi pramugari, aku pun beralih pulak nak jadi juruterbang. I'm still remember when i was 12 years old, my teacher always taught about the career of pilot to me. Yelakan, nak tulis karangan punya pasal mengenai kerjaya. Cikgu bagilah contoh kerjaya pilot. Agak awesome jugak kerjaya tu sampaikan otak aku boleh melayang sama dengan memandu di atas awan and tersengih sorang sampai cikgu dok depan aku pun tak sedar. Kerjaya juruterbang bukan sahaja bawak pesawat dan melancong jaa, tapi risiko kerjaya tu lebih tinggi daripada kerjaya-kerjaya lain. Contohnyaa, sekiranya pesawat tu terhempas, juruterbang bertanggungjawab ke atas semua penumpang dan anak-anak kapal. So, no wonder gaji diorang juruterbang boleh mencecah RM50 +++ sebulan. Tetapi, kerjaya nie pun aku terpaksa dilupakan :( atas sebab faktor ekonomi dan fizikal. Aku nie datang daripada keluarga yang sederhana ja, Pendatang bulanan cukup bayar bil-bil, hutang piutang dan makan ja. So, memang tak mungkin untuk aku mengikuti pengajian juruterbang yang memcecah hampir setengah juta. Jenuh makan pasirlah jawabnya kalau aku ikuti pengajian nie. Mata aku jugak rabun jauh dan silau. Kalau aku interview pun, confirm dah tersingkir awal-awal.

Awal tahun nie, aku memang meminati subjek kimia. Jadi, memandangkan pendirian aku macam lalang. Aku pun nak meminati bidang petroleum. Cita-cita nak jadi jurutera petroleum. Memandangkan, profesion nie bergaji lumayan dan bekerja di tengah lautan. Ini lagi buat aku lebih tergedik-tergedik nak nak jadi jurutera petroleum. Tapi, langit tak selalunya cerah. Ramai yang tak suka profesion tu untuk aku kerana aku perempuan. Diorang kata, kerja macam tu berat dan hanya sesuai untuk lelaki. How sad. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan sendiri pun bagi bad response pasal ini sebab aku nie bakal isteri. So, kena tinggal family selama 3-6 bulan untuk kerja kat pelantar minyak. Diorang kata, hilanglah seri kecantikkan aku kalau kerja jurutera kat situ. Sambil memuji kecantikkanku. Malu ~~ Inikan pulak family aku. Memang anti teruslah kerjaya nie untuk aku alasannya sebab aku nie anak perempuan bongsu.

Family aku mencadangkan aku menjadi ahli farmasi ataupun doktor. Tapi, aku dah memang singkir doktor sebagai kerjaya aku. Nak tengok darah pun aku dah rasa geli geliman. Inikan pulak nak rawat. Mesti gagallah jawabnya bila praktikal. Asyik dok pengsan mengalahkan pesakit kerjanya. Ahli farmasi ? Kos farmasi nie aku kurang minatlah sebab kena banyak menghafal. Nak hafal biologi masa SPM pun dok merangkak tak lepas, inikan pulak nak hafal ubat-ubat, darah-darah. Family aku menggalakkan kerjaya-kerjaya tu sebab aku sorang je dalam family aku yang ambil kos sains tulen. So, itulah harapan diorang nakkan pewaris diorang seorang ahli perubatan.

And now, aku terfikir nak kerja kat menara kawalan di lapangan terbang. Aku teringat, masa aku tingkatan 2, sekolah aku ada buat lawatan ke menara kawalan di lapangan terbang Pulau Pinang. Pekerja di menara kawalan tu bagi penerang pasal kerjaya diorang. Aku pun tak dengar jelas sebab aku terperosok kat belakang. Yang aku dengar kena ambil kos elektrik kalau nak kerja kat situ. Tapi aku ada terpandang kat komputer diorang. Diorang nie kerja ber'facebook' jee. Hehhe. Release tension kut. Cikgu aku yang cadangkan untuk aku pilih kerjaya nie memandang pilihan aku nak jadi jurutera petroleum ditentang keras.

Nampakkan ? Kerjaya pilihan aku banyak kearah penerbangan.Walaupun Malaysia pernah digemparkan dengan kehilangan MH 370 dan qz 8501 dan MH 17 terhempas, namun semangat aku nak jadi sebahagian daripada bidang lagi berkobar-kobar. Lagi aku nak tahu tentang selok belok bidang.  Bidang penerbangan perlukan banyak kos pengajian. Macam yang aku bagitau tadi. Aku bukannya datang daripada keluarga berada. Aku tak boleh pentingkan diri aku sendiri dalam kes nie. Parents aku  nak cekau duit mana ? Nak bayar kos pengajian. PTPTN pun tak bagi nak pinjamkan duit banyak untuk aku. As you know, bidang nie banyak ditawar di kolej swasta berbanding kerajaan. Mesti banyak gilaa duit nak keluar.



Nampaknya, aku kena buat banyak pertimbangan tentang kerjaya nie. Dulu bolehlah aku buat "derk" jaa and fikir nak study untuk SPM jaa. Sekarang nie, kena betul betul pikiaq sebab nak isi borang UPU nanti. Silap percaturan sekarang, hancur terus masa depan aku. Hancur impian aku nak beli rumah idaman aku.  SOB SOB :(

Okay. Kat sampai sini jaa kekusutan aku. Solat istikharah jaa jawapan daripada kekusutan aku. In sha Allah, Allah akan memberi yang terbaik aku dan masa depan aku. Amin. Bye. Assalamualaikum.

#pray4airasia
#pray4pantaitimur
#pray4syrian
#pray4palestina
#pray4mh17
#pray4mh370

Sunday, December 7, 2014

SPM IS OVERRRRR !

Assalamualaikum.

Pada detik 3.31 pm bertarikh 25 november 2014 bersamaan 25 Safar 1436 Hijrah bermula saat dimana aku secara tidak langsung telah tamat perjalanan aku sebagai seorang pelajar sekolah. hehhe. Ayat mukaddimah aku memang tak boleh belah kalau tiba saat aku berblog nie. Agak berbulan bulan jugak aku tak menulis entry kat blog aku. Since aku kecundang dalam Percubaan SPM lepas, aku cuba menyibukkan diri aku dengan berbagai bagai daripada set negeri-negeri lain dengan tujuan untuk bangkit dan celik hati dan minda untuk SPM ini. Oleh sebab itulah aku tak banyak menulis entry disini.

Dewan Keramat dimana semua kejayaan setiap insan  bermula daripada tempat ini. HAHAHA

Don't you ask me how about my examination was going on. I cannot explain it because i'm really not sure what i have done. Semua orang tahu bahawasanya bermula tahun nie akan ada soalan KBAT!!! Kbat ialah singkatan daripada KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI. Aku nie tak sangka soalan akan keluar berbentuk kbat yang sebenar sedangkan majoriti kertas soalan berada di aras bawah. Mula-mula aku fikir yang soalan kbat nie macam soalan dalam kertas soalan SPM tahun-tahun lepas jaa. Aku pun dah rasa selesa dengan soalan-soalan tersebut. Tetapi, dengan rasa selesa aku tu telah membuat aku rasa macam nak guling-guling dalam dewan peperiksaan. Susah tau dak ! Jadi, aku sebagai senior kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM pada tahun-tahun hadapan nak memberi nasihat kepada adik-adik sekalian supaya bersedialah dan cuba berfikir di luar kotak pemikiran kita. Adik-adik cubalah berfikiran terbuka dan peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran. Amiyomi, dengarlah curhat daripada kakak seniormu yang penyayang nie.



Okay. Sesi peluk memeluk pulak. Mungkin ini adalah pelukan terakhir kerana mungkin kami tidak akan berjumpa lagi kerana masing-masing akan melanjutkan pelajaran ke universiti lain-lain. Dan aku berharap sangat hubungan persahabatan ini tidak terputus disini. And yes, group WhatsApp, Facebook akan menjadi medium untuk kami mengjalin hubungan kami walaupun dimana-mana kami berada sekalipun di hujung dunia.


Alhamdulillah. Hujan pun merahmati ketika kami menduduki peperiksaan serta menjadi kenangan untuk aku dan rakan-rakan bermain hujan untuk saat terakhir. Jadi childhood sebentar. 

Malam hari aku tamat peperiksaan, aku dah mula operasi mengemas buku-buku SPM aku. Ada sesetengah aku nak simpan untuk kegunaan bila aku masuk ke universiti atau sebagainyaa dan sesetengah aku nak dermakan buku-buku aku kepada sekolah. Aku nie bukannya pemurah sangat nak bagi buku-buku aku orang tetapi bila mengenangkan pengorbanan guru-guru kat sekolah yang banyak memberi aku tunjuk ajar dan peluang untuk aku menjadi manusia yang berjaya untuk dunia dan akhirat. So, tak ada sebab untuk aku perlu kedekut dalam menyumbang buku aku kepada sekolah untuk kegunaan pelajar. Ye tak ?

Dalam salah satu hadits Qudsi, Allah Tabaraka wata’ala berfirman: "Hai anak Adam, infaklah (nafkahkanlah hartamu), niscaya Aku memberikan nafkah kepadamu." (H.R. Muslim)



Nampak tak separuh daripada buku-buku aku ? Macam yang selalu aku fikirkan selalu, harap buku saja banyak, tetapi result tak jugak gempak. Tapi, sekarang aku dah yakin walau apapun keputusan keluar nanti, Allah akan memberikan keputusan yang baik kepada aku walaupun keputusan tu cemerlang ataupun sebaliknya kerana perancangan Allah lebih elok daripada apa yang kita rancangkan. 


With Puan Low. Beliaulah yang telah menjadikan subjek kimia sebagai subjek kegemaran saya. Apabila pertama kali masuk ke dalam kelas aku tahun lepas, aku ingat beliau seorang garang dan sukar untuk didekati. But, days by days beliau menunjukkan sifat baiknyaa dan aku mulai menyayanginya dan mencintai subjek kimia. She's cute . Her's personality is cute too. 


All the best to you guys. Semoga kita dapat result yang gempak-gempak untuk menaikkan nama keluarga kita dan sekolah kita. Omiyomimiyo, dah rasa sedih pulak kita dah berpisah sedangkan kita dah lima tahun bersama di sekolah nie. Kesian cikgu Norizah kittew tak nampak muka dia memandangkan semua anak-anak dia excited dah habis SPM. Tak apa cikgu. Cikgulahh cikgu yang paling best that i ever had. Beliau mudah untuk didekati membuatkan aku dan beliau tak lokek untuk berkongsi cerita walaupun secara peribadi.  I love you cikgu Norizah and semua semua cikgu yang pernah menjadikan cikgu aku selama aku digelar pelajar. I love you jugak teman-teman. Don't you dare to forget our reunion at Langkawi !!!


Aku akan merinduimu wahai SMK TUNKU ISMAIL. Walaupun, sangkaan pertama aku terhadap sekolah nie kurang baik. Tetapi, hari-hari aku di sini membuatkan aku jatuh cinta ! Penerimaan seniors terhadap aku amat memuaskan membuatkan aku senang belajar disini walaupun sekolah ini tidak sehebat dan secanggih sekolah lain. Rakan-rakan yang menjadi penawar kepada setiap duka aku menjadikan aku sukar untuk melupakan kenangan-kenangan disini.

Thanks for reading this entry !

Thursday, September 4, 2014

Experience I

Assalamualaikum semua !

Nampak tak kehadiran aku dalam bidang penulisan blog nie macam biskut "chipsmore"? sekejap ada sekejap tak ada. Ini bukan bermakna aku resign terus daripada dunia blog ok. Entri nie pun aku curi-curi masa untuk publish apa yang sudah menjadi pekasam dalam otak aku nie haa. 

Pagi-pagi buta nie aku kongsikan pengalaman aku yang sukar untuk aku lupa kelak. Sejak aku melangkah masuk ke tingkatan lima, banyak benda yang aku ceburi yang tak aku terfikir nak ceburi macam sport, aktiviti korikulum, and whatever. sebelum nie, aku dikenali sebagai pelajar yang paling malas nak masuk semua benda tu. At least satu tahun satu sijil ja yang aku akan dapat kononnya nak bagi nampaklah sikit keaktifan aku di sekolah and bla bla bla... 

bulan lepas, sekolah aku ada hari kurikulum. agak gilang gemilang juga sambutan hari tersebut. sebelum dapat tau mengenai tarikh hari kokurikulum, muka akulah yang rajin pergi tanya cikgu 'Cikgu, bila nak buat hari kokurikulum?' sampai tiga hingga lima kali. Aku rasa sampai cikgu aku pun dah jemu aku asyik tanya yang sama jaa. Sabar saja laa cikgu layan anak muridmu yang banyak songeh nie. HIHIHI. 

Pada hari kokurikulum, aku pun took part dalam aktiviti jualan makanan di gerai yang dijalankan. Tapi tak keseluruhan laa sebab aku kena ambil anugerah cemerlang yang ada pun pada hari sama. Punya aku memberontak tak mau ambil anugerah sebab aku nak experience menjual. Bukan senang tau nak kerja menjual nie. Lagipun, aku bukannya datang dari keluarga yang berbisnes nie. So, inilah satu medium untuk aku ambil experience tu sebaik-baiknya. eceyy. 

Aku dan kawan-kawan aku buka gerai makanan. kami semua mewakili Persatuan Agama Islam tetapi gerai kami tidak selembut dan sesopan persatuan yang kami wakili walaupun diterajui penuh oleh wanita. Hahaha, Hampa faham ja lah bagaimana murid-murid dapat meniaga, confirm tak ingat realiti dunia. Alhamdulillah, hasil jualan Pocket Full, Rojak, Cheesy Wedges dan Agar-agar Oreo kami, semuanya habis dijual sehingga kena tambah lagi jualan pocket full tu. Kalau meniaga mesti kena untung kan? Kutipan pulangan kami melebihi RM700 tapi apabila dibahagi tambah tolak darab semua untung bersih gerai kami adalah dalam RM200. Syukran ya Allah. Sebenarnya-benarnya, ini ialah satu pengalaman yang sukar untuk aku lupa. 




Hari Anugerah Cemerlang. Nampak tak konsep satu Malaysia ada di situ ? Aku sendiri tak tahu apa yang sebenarnya anugerah yang aku akan dapat. Pada hari raptai, barulah aku tau kenapa aku boleh terima anugerah. Aku nie bukannya pelajar yang pandai and hots pun. Cuma pelajar yang selalu timbulkan masalah jaa. 


Walaupun sumbangan tenaga sedikit pada hari jualan, tapi aku telah menyumbang idea dan kreativiti untuk menghias gerai sepertimana yang telah dipertanggungjawab oleh Ustazah Rozia kepada aku. Cantik tak? Walaupun tak menang dalam pertandingan menghias gerai, tetapi kami merasakan yang kami menang sebab gerai kami paling menonjol antara gerai-gerai yang lain. Nampak tak riak disitu? HAHAHA. 


Apabila jelitawan-jelitawan berada di dapur masakan. Tak sah kalau tak gosip sambil buat kerja. Nahaii.



Sesi bergambar bersama ! Wieeeee


Kewajiban hari-hari penting sekolah ialah pertandingan nyanyian, lakonan, sajak dan sebagainya. Tak lengkap sesuatu hari penting tanpa persembahan. Memang secocoklah dengan jiwa aku apabila ada persembahan macam nie sebab aku memang sukakan hiburan macam nie. 




Important* let we take a selfie first. Nampak tak CEO sajalah yang baju lain daripada yang lain.



Finally, mengemas gerai dan balik rumah tidur. 

Only picture can describe all of these. I am very glad to be one of the Tunku Ismail's students. A lots of experience that i had learnt, explored, and one important thing is loving. I love Allah, prophets, family, teachers, friends, strangers and all living things. Okay, memandangkan hari sudah larut malam. Bantil. katil pun memanggil, so i wanna sleep. Thank you so much of spending your time to read my entry or conscience maybe. Typing error, ayat membosankan, entry yang teruk atau apa-apa. Aku nak minta maaf sangat. Aku bukannya sempurna untuk menyempurnakan hati hampa. but i tried to do like that. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari aku. Sekian. Assalamualaikum.

Monday, February 24, 2014

Aftershool for us

Asslamualaikum dan selamat sejahtera.

Petang ni aku nak bermanja dengan blog yang lama aku tinggalkan ni. huhu. *tak sedih kan ? ahakz. Actually, aku dah sibuk dengan aktiviti sekolah yang memerlukan perkhidmatan aku sebagai seorang yang penting. opsss. Ter'over' pulak. Dengan kesibukan itulah yang menyebabkan aku lupa akan blog aku yang kurang famous ni.. Tak apalah wahai blog. even no one cares about, i will care about you as long as i can breath in this world. kan ? you're my second bff after my sisters. hihihi. 

Aku disini nak share satu perkongsian mengenai portal Afterschool. Terpandang je perkataan Afterschool tu mesti hampa dah tau kan apa itu afterschool. kan ? Mesti otak hampa terlintas, "perjalanan selepas alam persekolahan.' ye tak ? hihihihi Afterschool ni boleh membantu kita yang bakal menduduki SPM dan lepasan SPM. Yeahh, portal ni amat membantu kita yang masih tercari-cari kos mana yang nak ceburi, biasiswa mana yang nak mohon, universiti mana yang nak pilih. don't worry. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. So dengan melayari portal ini, hampa dapat menyelesaikan masalah hampa dengan mudah. In sha Allah. 


Kepada yang bakal menduduki SPM macam aku ni, kita bolehlah luangkan masa kita dengan membuat latihan ulangkaji SPM. At least, dengan kita buat latihan nie, kita dapatlah mengantikan masa kita dengan melakukan perkara perkara yang tak berfaedah tu. Kan ada banyak benefits yang boleh dapat membuat latihan disini. Bukan maksud aku buat latihan kat portal ni. Tetapi kita perlu download subjek apa yang nak buat dan soalan soalan ini juga disertakan jawapan. Hmmmm, Rosak laa screen kita kalau kita nak tulis kat portal tu. ye tak?  Kita bolehlah rujuk jawapan bila kita tak dapat jawapan yang betul. portal ni tidak tak duit yang banyak. Hanya bayar internet dan duit kertas untuk di'download' jaa. Mudah kan ? Aku pun tengah buat soalan soalan disini juga. Jadi, aku adalah bekalan untuk dibawa ke dewan peperikasaan nanti. Huahuahaua. 




Inilah demo kalau hampa dah download soalan-soalan kat situ. Aku prefer menggunakan PDF untuk donwload semua nie. Hampa pilihlah yang mana mana yang hampa suka untuk download nie sama ada PDF ni atau ZIP. 

Sebenarnya, banyak lagilah kelebihan kelebihan afterschool ni. Kalau aku nak taip satu-satu pasal portal ni, sampai malam nanti pun tak habis. hihi

Okay, sampai disini ja kut entry aku. Aku harap hampa semua dapatlah input yang aku sampaikan ni ya. Moga kita orang jadi yang success kelak. amin.

Kalau hampa masih ada persoalan di benak fikiran hampa tu, tanya ja melalui ruang komen di bawan nie ya.

Asslamualaikum. :)